Saturday, August 6, 2011

POSITIVE THINKING


Semua orang ada masalah tapi tak semua orang mampu melihat masalahnya dari sudut yang positif. Malah, ada yang melihat masalah sebagai beban yang sudah tidak mampu tertanggung lagi olehnya hinggakan memberi tekanan jiwa yang kuat. Lalu timbul la pelbagai kesan lain seperti membentuk pemikiran negatif, sakit jiwa dan yang paling teruk membunuh diri.

Semalam, selepas berbuka puasa, aku teringin nak luangkan masa aku dengan bf ku. Tp sesuatu telah berlaku ke atas kami. Nasib baik la kami tidak mengalami kecederaan apa-apa.Aku tahu apa sahaja yang terjadi ada sebab tersendiri. Nak tahu secara detail mmg tidak la kan.Tp secara kasarnya, tayar motor kami bocor. Subhannallah.. Nasib baik la ada sahabat yang membantu. Aku berterima kasih sangat-sangat. Kalu tidak kami tak tahu nak buat apa. Ikut kan hati aku, memang aku nak je jalan kaki dari Kepong ke Ixora. Alhamdulillah aku tidak meneruskan niat aku. Sebab bf aku tahu lutut aku memang cukup kalah kalau banyak berjalan.

Apa sahaja yang berlaku hanya, ‘Allah Maha Mengetahui’. Ianya salah satu daripada ciri Allah. Dan ini kerana DIA mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Maknanya, masalah-masalah yang kita ada sekarang ini semuanya atas izin Allah yang bertujuan baik untuk hamba-hambaNYA.

Jika kita fahami konsep ini, mungkin kita dapat mengelak berfikir secara negatif. Mungkin kita akan berfikiran, “Masalah ini adalah atas kehendak Allah. Pasti ada sesuatu yang Allah hendak berikan kepada aku… sesuatu yang baik”.

Cuba renungkan peristiwa lama apabila perancangan tidak menjadi. Cuba renungkan juga pelbagai permasalahan yang kita pernah lalui. Adakah kita mendapat sesuatu yang baik daripadanya?

Bagi aku, rasanya apa yang aku dapat daripada apa yang bukan pilihan aku adalah selalunya lebih baik daripada apa yang aku pilih pada awalannya. Masalah-masalah yang aku sudah lalui pula memberi input terhadap kehidupan aku pada masa kini dan masa hadapan.

Jika kita tidak dapat kenalpasti apa yang kita dapat daripada perancangan Allah itu, eloklah kita redha sahaja. Mungkin Allah tidak mahu ‘beritahu’ kita atas sebab-sebab tertentu. Mungkin juga jawapannya hanya akan kita perolehi pada masa lagi jauh di hadapan.

Ada satu contoh kisah yang aku dengari melalui ceramah Youtube Ustaz Kazim mengenai seorang wanita yang sudah bertahun-tahun berkahwin tetapi tidak juga mendapat cahaya mata. Dia menerima tekanan daripada mertua, rakan sekerja dan juga suaminya akibat tidak mampu mengandungkan anak itu. Lalu, dicubanya pelbagai cara hinggalah akhirnya dia mengandung.

Malangnya, kesan daripada mengandung itu dia menjadi lumpuh. Itulah yang Allah tidak mahu beritahu awalnya tetapi atas desakan hamba tersebut, maka Allah tunjukkan bahawasanya, “Awak tidak boleh mengandung kerana jika awak mengandung maka awak akan lumpuh”.

Oleh yang demikian, marilah kita cuba berfikir positif terhadap apa jua yang datang di dalam hidup kita. Semua ini adalah perancangan oleh-NYA. DIA mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Dan aku  juga pernah terfikir kenapa aku tidak di beri keizinan untuk kurus?adakah sebab jika aku kurus, aku akan leka dengan apa yang terjadi?adakah aku akan bertukar watak?jawapan tue semua hanya DIA sahaja yang taw. aku redha dengan ketentuan ILAHI. Hidup mesti di teruskan.


WALLAHUALAM

No comments:

Post a Comment